snow

Saturday

Sebulan sudah :)

Assalamualaikum,hari ni agak penat.Hari ni aku ada sekolah ganti. Lepas balik ja daripada sekolah.Balik rumah,mandi..keluar balik pergi kenduri dekat Batu Uban,Penang.Lepas makan dekat kenduri tu,aku pergi tengok baby :) Comel sangat...



Anyway,hari ni 27-04-13!!! dah cukuplah sebulan aku punya relationship dengan buah hati aku sorang ni :') Tak sangka dah sebulan...cepat sangat masa berlalu..minta-minta la relay ni akan kekal lama :) Dalam sebulan ni,macam-macam jadi :) Ok,aku pun dah tak larat..bye~



Hey :)

Assalamualaikum,hari ni macam-macam jadi..Ada yang seronok ada yang sedih.

Yang seronok...aku dah beli tab :D
Yang sedihnya..tab aku ni tak boleh buka..problem2

Aku pun dah tak tau nak wat macam mana ni :( Sedih + stress nih..jangan laa rosak~~
Huh..pasrah ja laa...tunggu dan terus menunggu!!! Biar la dia rest jap...bagi charge sampai penuh dulu.. >.< Rasa macam nak nangis ja sekarang ni :(



Apa mau jadi pun aku tak tau...haish!!! Stress sangat nih..Hmm sabor jer la
Relax..keep calm..

Sekarang ni..aku terus bersabar dan terus menunggu..tunggu dan tunggu...entah sampai bila :(


Friday

Today-Friday :D

Assalamualaikum,hari ni best sangat!!! Walaupun agak stress dekat sekolah.Tapi stress hari ni lain,tak berat sangat macam selalu..


Tadi macam biasa aku bangun,pergi sekolah.Tapi time balik,singgah masjid negeri :) pergi rumah Aimi..Alang-alang tu,jumpa buah hati aku :D Lama sangat tak jumpa dia..rasa macam nak peluk dia ja..tapi malu Aimi ada..Tapi memang best la tadi..walaupun sekejap ja aku dapat sembang dengan dia..



Aku sayang sangat dekat dia..tapi tadi,dia kena balik untuk training :( quite sad..tapi tima nak balik rumah Aimi,dia teman aku jalan...bila dah sampai rumah,ada orang tengah mesin rumput pulak -,- aku pun tunggu la..lepas tu,dia dah kena balik..aku salam tangan dia..and then, dia kiss tangan aku.. :') agak terkejut..Time dia nak pergi aku pegang tangan dia macam tak nak lepas jaa.. :( Apa-apa pun hari ni hari Jumaat yang paling bermakna.It's special to me..



Conclusion: Today was the best day ever :)
love
Syahila Akila


Thursday

Today-Thursday :(


Assalamualaikum,esok hari Jumaat dan aku sepatutnya pergi jumpa dia.Tapi tak semua yang dirancang menjadi kan?

Dah plan elok-elok esok nak jumpa,ada saja halangan :( Esok aku tak boleh pergi jumpa dia (mungkin) Aku pun dah buntu,tak tau macam mana nak buat. Tadi,time mesej,aku boleh tau sangat yang dia sedih..I'm so sorry~ :'(



Dia marah dekat aku :( Aku pun dah tak tau nak buat apa.Aku ingatkan hari ni akan berjalan dengan lancar,tapi tak semudah tu..Sememangnya nak tunggu 24 jam habis,memang susah >,< ermmm..sekarang ni,aku still tunggu mesej daripada dia~ Please la..



Seksa weh.. :( Stress la..kenapa boleh jadi macam ni??? Any solution? Any formula?? Why tomorrow :(


Wednesday

Day after Tuesday :)


Assalamualaikum,hari ni ada story yang kelakar gila!! >,<


Hari ni time dekat sekolah,subjek lain macam biasa ja~ Tapi bila sampai time agama... Kami kena buat presentation..Kind of -,-

Ustazah suruh cakap pasal


  1. Nama penuh
  2. Nama mak & bapa
  3. Pekerjaan  mak & bapa
  4. Tempat lahir
  5. Tarikh Lahir
  6. Tempat tinggal
Mula-mula tu,ingatkan ustazah nak buat apa la..Rupanya nak masuk tajuk 'Adab ketika bercakap dalam majlis'. Time 'presentation' tu kelakar gila!! Macam-macam gaya ada~



Tengah syok-syok dengar presentation...tiba ada orang menjerit lepas tu ramai yang naik atas kerusi! Aku terkejut gila. Dah la..dah tak larat nak type panjang panjang :)

Tuesday

Last day for Kem Perdana



Assalamualaikum,kelmarin hari last day untuk kem perdana. 2nd last subject for the camp was very very bored -,- Telling the truth!! 



Tapi sedih juga sebab dah habis kem tu. Bila nak datang sekolah hari ni rasa macam dalam mood cuti lagi :(
Time last day of kem perdana,I was like very very sleepy on that day . Okay,aku dah tak tau nak tulis apa...I've no idea.

Hah..sekarang ni kena start study!! Yeah,,exam is coming~ Sejarah especially!! BM is the worst thing >.<

Malam ni dah tak larat nak tulis apa-apa. Dah tak larat plus dengan sakit kepala lagi.Maybe tak cukup tidur! Okay,Im going to bed!! bye :)
Love
Syahila Akila




Sunday

Best camp ever :)


Assalamualaikum,hari ni punya kem dekat sekolah.Boring + Best :D

First two subject was like...BORING!!! Science and Geografi!





Lepas second recess, Kemahiran Hidup time!!! First tu memang ingat it's going to be boring. Tapi tak langsung!! Best gila...Semua orang dalam dewan tu menjerit jerit jawab jawapan..LOL -,- Time hujung hujung kem tu,cikgu tu buka video lagu Faizal Tahir - "Gemuruh"... Satu dewan menyanyi macam tengok konsert..Fuhh memang meriah la~ Memang cikgu tu TERBAIK laaa


Conclusion,hari ni memang best gila part yang akhir tu.!! >,<
Love
Syahila Akila
me... :)



Saturday

Kem Kecermelangan



Assalamualaikum,hari ni letih sangat rasanya. Kena duduk dekat sekolah dari pukul 7.15 am to 6.15 pm. Penatnya...ALLAH ja la yang tahu.


Dengan sejuknya,hujan turun lebat gila kat Penang. Time on the way pergi sekolah,banjir..jammed!!! Tension..So,sampai sekolah quite late -.-




Before History subject ^^



Time last,Agama Islam punya subjek,mengantuk tak terkata. Dengan sakit perutnya.Stress!!! Time balik,sekolah full dengan kereta parents.Gate dekat belakang tak buka.Problem betul -,-"

Masuk-masuk je dalam kereta,nampak jaket Mahathir.I was like "Thank you mama!!!" Letak beg tepi,terus pakai jaket tu ^.^ Kurang sikit sejuk..

Dalam kereta time on the way home :) and..Im wearing Kelantan jacket ;')


Friday

I LOVE HIM


Assalamualaikum,hehe hai April of 2013!!!

Hari ni (6.4.13) hari yang sangat la tak best.Hari ni akan ada sekolah Kem Kecermelangan.. Which is tooo boring.Tapi kena juga berkorban untuk PMR punya pasal.





Cakap pasal kem kecermelangan,hari ni,Sabtu...aku kena balik pukul 6.15 pm di mana,aku terpaksalah tawaf satu sekolah tu lagi.*entah kali ke berapa aku tawaf sekolah tu*


Anyway,barang nak pergi kem tu pun aku tak packing lagi -,-" Aku pun tak larat la nak buat worksheet yang diorang bagi aku.Pukul 7.00 dah kena terpacak dekat sekolah.I'll be at gazebo near Dewan Perdana.See you there!!! hehe. ●◞●

Cakap pasal RELATIONSHIP aku??

Alhamdulillah..semuanya ok.. :) Dia baik ja dengan aku. Tak macam yang sebelum ni.Setakat ni,semua berjalan dengan lancar. I'm happy with all this thing (ノ^_^)ノ



Love
Syahila Akila



Tuesday

Akhirnya!!!



Assalamualaikum,kelmarin(20.03.13) still ada kursus untuk scoring tu. Tapi kelmarin memang best gila lah :D maybe kami dah boleh faham hampir sepenuhnya :')

Tapi memang best gila la kelmarin. Kami 5 orang macam excited gila masuk kelas tu. Tapi kelmarin,sekolah sains menengah Kepala Batas tak datang.So, tinggal 3 sekolah la.




Hari ni kesimpulannya,semua berjalan dengan lancar :)

Hari Hari Berlalu


Dah tiga hari berlalu..tapi aku masih rindukan scoring cricket yang dulunya aku takut macam nak mati. Especially, budak Selangor (America!!!)

Bila ingat balik,kelakar pun ada time nak belajar scoring sampai lah hari yang nak buat tu!! Hari Isnin (25.3.13) Aku tak akan lupakan tarikh keramat ni.Tarikh ni banyak memberi makna tersirat :)

1st game Selangor VS Putrajaya
2nd game Kelantan VS Sabah

Mula-mula buat scoring tension nak mati.hehee :D


Tapi bila dah siap semua scoring tu,rasa sedih pun ada..Rindu dengan perangai player yang entah apa-apa. :(

Yang paling best,aku dapat buah hati time aku jadi scoring.Dialah kenangan aku jadi scoring yang paling best. Mahathir ●◞● 

I love him soooo much!! ^^

Bye scoring :(